KELAS ASAS ICT & KUFI ART

Tarikh

: 7 Julai 2022

Masa

: 10.30 PAGI – 12.30 PAGI

Lokasi

: Pusat Digital Ekonomi Felda Jenderak Utara

Peserta

: 5 orang

 

TUJUAN

Taklimat ringkas Microsoft office Excel,Pengenalan kepada Asas Komputer dan Komponen Komputer  dan Memperkenalkan Ejawi.net ( kufi art).
 

AKTIVITI

Taklimat ringkas asas komputer dan komponen komputer, peserta mengendalikan komputer dengan lebih baik dan fokus, Belajar menulis tulisan khat menggunakana microsoft office excel.Pengenalan kepada Asas Komputer dan Komponen Komputer, Memperkenalkan ejawi.net, Merekacipta kufi art menggunakan Microsoft office excel, Memastikan tiada peserta yang ketinggalan atau tidak paham ketika sesi pembelajaran dijalankan, Peserta mengenal komponen komputer, Peserta mahir dalam menggunakan tetikus dan papan kekunci dan Petugas menarik minat peserta untuk belajar mengenai ICT. Melahirkan pelajar celik IT, Membantu peserta belajar Kufi art ( tulisan khat).

ENJIN CARIAN & KUIZ KENEGARAAN

Tarikh

: 8 Jun 2022

Masa

: 10.30 PAGI – 11.30 PAGI

Lokasi

: Pusat Digital Ekonomi Felda Jenderak Utara

Peserta

: 10 orang

TUJUAN

Pengenalan kepada Enjin Carian, satu perisian yang dibina bagi memudahkan pengguna mencari maklumat dan kandungan di rangkaian internet.  Keputusan kandungan dicari mungkin mengandungi pautan, teks, gambar, video dan lain-lain.
 

AKTIVITI

Pengenalan kepada Internet ( Enjin Carian),Memastikan tiada peserta yang ketinggalan atau tidak paham ketika sesi pembelajaran dijalankan. Petugas memberi 1 tugasan untuk peserta selesaikan dengan menggunakan enjin carian. Benefits of the contribution Kebaikan / kelebihan aktiviti selain itu juga enjin carian dapat membantu peserta mendapatkan maklumat yang dicari. Peserta mahir dalam menggunakan tetikus dan papan kekunci. Petugas menarik minat peserta untuk belajar mengenai ICT. aktiviti ini juga dapat melahirkan pelajar celik IT

PENGENALAN ASAS KOMPUTER DAN ENJIN CARIAN GOOGLE

Tarikh

: 12 Feb 2022

Masa

: 10.30 PAGI – 11.30 PAGI

Lokasi

: Pusat Digital Ekonomi Felda Jenderak Utara

Peserta

: 5 orang

TUJUAN

tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan asas komputer dan fungsi serta kegunaannya. selain itu juga tujuanya untuk mengajar Asas menaip untuk peserta. peserta juga diberi Pengenalan kepada carian google. ia juga dapat melahirkan anak-anak yang celit IT.
 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan adalah belajar sambil bermain. disamping itu ia dapat  memahirkan pelajar menggunakan papan kekunci dan tetikus. 

POCKET TALK WITH CFM (ONLINE)

Tarikh

: 11 Mac 2022

Masa

: 3.00 petang

Lokasi

: Pusat Digital Ekonomi Felda Jenderak Utara

Peserta

: 3 orang

 

TUJUAN

Program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan mengenai CFM secara atas talian. selain itu juga ia menerangkan berkenaan dengan fungsi CFM kepada pengguna perkhidmatan. selain itu juga program ini telah memberi pendedahan kepada pengguna bagi membuat aduan di dalam CFM. 
 

AKTIVITI

CFM menyediakan saluran untuk penyebaran maklumat dan pengetahuan am tentang hak pengguna. Pengguna dapat membuat aduan di saluran yang betul dan  dapat meningkatkan keyakinan pengguna dengan menggalakkan piawaian perkhidmatan, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industry komunikasi dan multimedia.

E-tuisyen Sekolah Rendah Tahun 6

Tarikh

: 18 Disember 2021

Masa

: 2.00 pagi - 3.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara

Peserta

: 2 orang


T
UJUAN

Program e-tuisyen telah diperkenalkan semenjak bulan april 2021 lagi setelah dunia diancam Covid-19. program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk belajar secara atas talian secara live. kebanyakan pelajar-pelajar telah ketinggalan dalam pembelajaran akibat pelaksanaan PKP dan PKPD. sekolah sering di tutup dan pelajar-pelajar hanya belajar melalaui atas talian. dengan tiada kemahiran yang tinggi dari kalangan guru-guru di dalam penggunaan aplikasi-aplikasi pembelajaran, banyak kelemahan dari segi pembelajaran pelajar. tiada capaian internet yang tinggi dari kalangan guru juga telah menyukarkan pelajar-pelajar berrinteraksi denganguru-guru. kebanyakan kerja-kerja di salurkan melalui aplikasi wasup dan hanya di bantu oleh ibu bapa dan ahli keluarga sahaja. bagi memberi peluang pelajar-pelajar belajar dengan tenga pengajar yang mahir, PEDi telah membuka kepada semua untuk mengabil etuisyen dengan kadar harga yang sangat berpatutan.
 

AKTIVITI

Program telah dijalankan pada setiap bulan dan tarikh boleh dipilih oleh pelajar-pelajar dan ibu bapa. Nota-nota yang lengkap telah disediakan oleh pihak MSD untuk memudahkan pelajar-pelajar membuat latihan. Terdapat 4 subjek yang ditawarkan iaitu bahasa malaysia, matematik, sains dan bahasa english.