KampungStay Desa Murni Kerdau, Temerloh terletak di dalam Daerah Temerloh dan kawasan Parlimen Kuala Krau. Terdapat banyak Kemudahan yang di sediakan bagi aktiviti hari keluarga, reunion, seminar atau sebarang aktiviti secara berkumpulan. harga yang dikena amat berpatutan dan mengikut aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. pengunjung juga boleh membuat aktiviti santai dan riadah seperti mandi kolam dan mengayuh basikal di sekitar kawasan Kampung Desa Murni.

Harga bilik mengikut keluasan dan reka bentuk. bilik kabin juga ada disediakan untuk yang ingin berjimat. walaubagaimapun ia amat selesa kepada pengunjung dengan susun ataur yang sangat menarik dan kelengkapan penghawa dingin.

Kepada pengunjung yang hanya ingin membawa anak-anak bermandi manda sahaja dan tidak mahu menginap, pengunjung hanya perlu membayar serendah Rm3.00 sahaja. kolam mula dibuka pada jam 9.00pg - 6.00ptg. bagi yang tinggal dikawasan yang berhampiran, bolehlah datang bersama keluarga untuk mandi manda di kolam kampungstay Desa Murni, Kerdau.