Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. ditubuhkan pada 17 september 1987 melalui suratcara perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta di daftarkan di bawah akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). badan amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersama oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan ekonomi islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. 

Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung dapat mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran pembiayaan ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambah pendapatan sampingan.

Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada pegawai yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga beberapa individu yang dilantik berdasarkan kapasiti peribadi di pertanggungjawabkan menguruskan AIM.

Penubuhan AIM adalah sebagai usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia khususnya masyarakat luar bandar iaitu melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan.