Kemudahan Asas seperti Pejabat Pos terletak di pekan Kuala Krau lebihkurang 8 Km dari Felda Jenderak Utara. Pejabat Pos ini adalah yang paling hampir dengan Felda-Felda didalam kawasan DUN Jenderak. Jika pejabat Pos Di pekan Kuala Krau ini tidak dapat beroperasi, penduduk dalam kawasan Dun Jenderak terpaksa ke Bandar Temerloh, Jengka atau Bandar Jerantut yang terletak 35Km dari kawasan pekan kuala krau.

Pejabat Pos di Pekan Kuala Krau ini sangat penting dan banyak kegunaan untuk penduduk sekitarnya bagi menghantar surat, mempebaharui lasen dan insurens, membayar bil, membuat kiriman barang dan membuat pengeluaran dan simpanan ASB.