Kejohanan merentas desa telah dijayakan pada 17.01.2020 di Sekolah Rendah kebangsaan Jenderak Utara bagi tahun 2020. Objektif utama kejohanan ini di adakan adalah untuk membuat pemilihan murid yang akan mewakili SKJU ke kejohanan merentas desa peringkat Daerah Kelak. selama 3 hari murid-murid telah berlatih bagi mempersiapkan diri bagi menyertai kejohanan ini walaupun ia hanya peringkat sekolah. semua murid terlibat. larian juga dibuka kepada semua ibu bapa yang berminat untuk menyertai. hadiah madel juga disediakan kepada peserta ibu bapa. larian telah bermula seawal jam 8.00 pagi dimana murid-murid harus menghabiskan larian di sekitar kawasan rancangan Felda Jenderak Utara. Guru Besar En. Sany tan dalam ucapanya menyebut, dalam menjayakan kejohanan ini, penglibatan pihak luar iaitu anggota RELA dan ibu bapa dalam penglibatan ibu bapa, PIBG dan komuniti sememangnya sangat penting bagi memastikan semua yang dirancang berjalan dengan baik. pihak sekolah telah memilih 6 orang pelajar yang bakal mewakili sekolah ke peringkat Daerah kelak.

skju 6 IMG 20200117 094724