Latar belakang

Adik Amirul merupakan seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 6 dec  2016. Adik Amirul merupakan pelajar tahun 3 Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Amirul seorang yang cepat belajar dan ingin belajar sesuatu yang baru. Bercita-cita untuk menjadi seorang pakar komputer satu hari nanti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Amirul hanya menggunakan komputer di waktu sesi pembelajaran Sekolah sahaja. Masa penggunaannya juga terhad bagi seorang pelajar, Pusat Komputer hanya akan dibuka jika ada pembelajaran dan diawasi oleh Guru mata pelajaran. Adik Amirul hanya mengetahui asas menggunakan komputer yang dipelajarinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Jenderak Utara, Adik Amirul menyedari Pusat Internet adalah tempat pembelajaran ICT secara percuma. Latihan yang dianjurkan setiap bulan adalah percuma. Kini, Adik Amirul menjadikan Pusat Internet sebagai tempat menimba ilmu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan ICT nya. Adik Amirul juga menggunakan waktu pengguna di PI dengan baik.