ADVOKASI KDB DAN BENGKEL DIGITAL MARI MEMBACA ADIKKU 

Tarikh

: 03 Feb 2024

Masa

: 10.00 Pg – 1.00ptg

Lokasi

: Pusat Digital Ekonomi Felda Jenderak Utara

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk Memperkenalkan Asas Komputer kepada pelajar. Selain itu juga dapat membantu pelajar belajar menggunakan aplikasi elektronik dan digital bagi pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak. selain itu juga dapat mendidik anak-anak dalam menyediakan slide presentation pembelajaran. Ia juga dapat Mendorong pelajar meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan di PEDi. Program ini juga dapat Melatih peserta menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan baik, Latihan pengukuhan juga disediakan. program ini juga dapat Memotivasikan pengguna untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Asas komputer danpembelajaran secara Digital. peserta juga di ajar menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan betul. pelajar-pelajar di didik menggunakan aplikasi pembelajaran secara digital bagi menggalakan dan menarik minat anak-anak untuk belajar dengan suasana yang menyeronokan. Antara aktiviti lain yang dijalankan juga adalah mewarna sambil belajar.