TAKLIMAT SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Tarikh

: 1 ogos 2022

Masa

: 10.00 PAGI – 12.00 PAGI

Lokasi

: Pusat Digital Ekonomi Felda Jenderak Utara

Peserta

: 11 orang

 

TUJUAN

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengadakan Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPP) bersama usahawan-usahawan PEDi Felda Jenderak Utara secara online menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Tujuan program ini di adakan adalah bagi memberi manfaat dan faedah kepada yang ingin memulakan perniagaan. Terdapat banyak faedah jika membuat pendaftaran perniagaan, antaranya ialah dapat Menjamin dan melindungi reputasi perniagaan yang sah apabila berurusan dengan pembekal dan pelanggan. Selain itu juga ia dapat Membina kepercayaan dan kesetiaan di kalangan pembekal, pelanggan dan pekerja. dengan mendaftar perniagaan kita, ia juga Membolehkan kita memasarkan sepenuhnya jenama dan perniagaan anda di mana-mana tanpa kerisauan terhadap amalan tidak adil pesaing. selain itu juga ia Membuka peluang untuk melakukan transaksi perniagaan dengan syarikat besar, dalam dan luar negara dan Membantu anda mengelakkan masalah undang-undang dengan kerajaan dan pihak berkuasa cukai.​
 

AKTIVITI

Mahir menggunakan Internet, Melahirkan usahawan yang celik IT, Mahir menggunakan papan kekunci dan tetikus,Peserta Belajar menggunakan aplikasi Zoom meeting, Mendedahkan komuniti tentang penggunaan internet dan penggunaan email.